March 17, 2011

'Jangan kutuk Perempuan Bertudung'



Hye Assalamualaikum ;)

Sesungguh nya kak J tertarik dengan membaca post oleh blogger yang comel loteh orang nya iaitu Fyka Mohamed samapai kan kak J letak title post kak J mirip seperti dirinya.

kak J bukan nak tiru dia, tapi kak J sangat sangat setuju dengan post beliau yang melibatkan 'JANGAN KUTUK PEREMPUAN BERTUDUNG' *click lah kalau nak tahu lebih detail. Mana nya kak J tak terasa rata rata pengguna muka buku sekarang asyik sangat mengutuk perempuan bertudung ni. Tak ka IBLIS mereka tuh? Haish.

kak J tak nak lebih lebih pasal semua ni sebab kak J pun tak PERFECT. Kak J ni pun suka kutuk orang juga. Biasa lah kan setiap manusia tak pernah lari dari kesilapan dan tak kan u olss tak nak bagi peluang untuk orang berubah kan? Sedangkan MAHA ESA sendiri sentiasa buka pintu kemaafan dan beri peluang untuk umat-NYA berubah. MasyaALLAH! kak J ni bukan nak libat kan Tuhan ka apa kan tapi tak baik lah nak tegur orang dengan cara macam tuh. Kutuk dalam muka buka, kan muka buku tuh umum. kak J pun pernah buat macam tuh tapi last last kak J sendiri nyesal nah amekk kau kan! bila dah nyesal sekarang tak ada guna dah kan? buat nya orang tak nak maafkan padan muka kan?

Jadi, kak J sebagai perempuan yang bertundung ini ingin mohon ampun kalau kalau kak J pernah lukakan hati, limpa, jantung, perasaan u olsss yela, kita yang buat salah ni tak pernah perasan yang kita buat salah kan?

p/s:yeah ! dulu kak J juga freehair, terdedah sana sini tunjuk peha yang gebu dekat orang ramai dan sekarang alhamdulillah kak J selesa memakai hijab tapi masih lagi bermulut puaka tapi kak J akan cuba untuk ubah perangai buruk kak J yang tuh. Doakan kak J akan berkekalan memakai hijab hingga hujung nyawa kak J dan juga doa kan kak J dapat lindungi diri, percakapan, perbuatan seperti perempuan yang berhijab sebenar . terima kasih ;)

No comments:

Post a Comment