July 29, 2011

SeronokBilaAdaKembar?





Assalamualaikum. Aku EvaGhazali aku anak kedua daripada dua beradik. Hari ni post aku, tak ada lagi kak J. Hari ni aku guna aku ;) stylooo kan intro aku ? kbai=='


Aku ada kembar tapi kembar aku tak seiras, kembar aku lain bapak lain mak. Orang kata itu bukan kembar namanya. Eh suka hati aku lah aku nak anggap apa pun dia milik aku! Aku single dia single ini benar tapi kami ramai kenalan lelaki bukan nak cakap kami 'HOT' tapi takut salah sangka nanti nampak kitaorang keluar dengan lelaki cakap itu boypren kami. tamo tamo tak suka tak suka. k ini gedik *mata naik atas tangan kat bahu lidah terjelir



Ini kembar aku. Dia kakak aku walaupun dia bersaiz S aku bersaiz XXL dia memang tetap kakak aku sebab dia keluar kat dunia ni awal dari aku. Birthday dia bulan 3 aku bulan 10 beza bukan? cakap nak ribut KEMBAR #ok sentap . Dia suka fashion. Dia pandai. Sebenarnya aku bukan nak bagitahu dia cantik, comel. Bijak malah.
#Aku nak promote. Kalau tak suka tak apa. Hak engkau


Memang hari ni aku nak bagi tahu yang aku tak boleh hidup tanpa diberi nafas yang panjang oleh Tuhan, tanpa disisi keluarga aku dan tanpa disisi Nur 'Arifah Abdul Karim ini nama kembar aku.



Aku kuat disisi keluarga aku. Bila aku sedih ada yang ajak aku mandi hujan supaya aku boleh mengalirkan air mata bersama air hujan. Ini aku. Kata aku kalau nanges dalam hujan orang tak tahu dan tak adalah orang anggap kita pondan. Statement poyo. Peace



Aku rindu kembar aku dia sekolah lain sebab dia pandai. Walaupun dia duduk depan rumah aku, walaupun dia balik tiap minggu tapi masa aku jarang terluang untuk dia tak macam dahulu kala. Sedih. Tapi aku tak perlu khuatir akan kehilangan dia sebab aku tahu dia sayang aku. Aku pun sayang dia.



Aku suka bergambar dengan dia. Dia gila aku gila. Dia cantik aku tak. Dia fotogernic aku tak. Dia tak pernah malu dengan perangai aku yang hyper. Dia rajin layan perangai gedik aku. Sebab tuh sayang banyak dekat dia. Sayang aku bukan main-main. Aku suka kutuk dia, dia pun suka kutuk aku ;)



Kitaorang ada mak angkat yang sama rumah mak angkat kitaorang best ada buayan bawah pokok rambutan. Lepas tuh lepas tuh rumah mak angkat kitaorang satu lorong dengan rumah kitaorang rumah dia pelbagai jenis tanaman. Betol aku nak promote rumah mak angkat aku. Tak suka itu hak engaku #oke sentap sekali lagi



Rasa macam tak perlu aku nak cerita banyak sangat pasal dia yang penting aku sayang dia. Itu yang utama.





p/s: Salam ramadhan dari aku. sila maafkan kesilapan yang telah aku lakukkan pada kauorang supaya ramadhan aku ibadah puasa aku berjalan dengan sempurna dan di berkati-Nya .
Jom ramai-ramai p tarawih. weeeee~

2 comments:

  1. waa dia ada kembarlah.
    selamat menyambut ramadhan al-mubarak syg
    hehe
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. hehhe ;) bukan kembar mana pun ;)

    ReplyDelete