April 18, 2012

kosong




Assalamualaikum,

Kekok untuk aku memulakan intro untuk malam yang semakin kelam ini. Fikiran melayang memikirkan rindu yang bertandang hari demi hari. Puas untuk aku hapuskan perasaan rindu ini hasilnya masih lagi sama tetap merindui. Adakah dia turut merindui aku? Aku yakin tidak.

Sabar itu sahaja yang mampu aku katakan. 'Sabar itu cantik Munirah' InsyaAllah aku akan sabar. Semoga umi, abang dan opah menjadi penyejuk hati.

Kadang hati kecil ini jenuh menanya bagaimana dia boleh jadi hebat. Terlalu hebat. Hebat untuk mendapatkan cinta aku dan dengan serta-merta dia juga hebat untuk lupakan aku. Cerita kita.

*nanyian Shila Amzah-Patah Seribu sedang menemani aku*

Dia: Awak, cerita kita sampai ke syurga ye?
Aku: Awak yakin dengan apa yang awak cakap ni?
Dia: Saya sangat yakin.
Aku: Bukti awak?
Dia: Saya tengah kumpul duit untuk menjadikan awak yang halal untuk saya.
Aku: Saya milik awak buat selamanya.


Masih teringat-ingat lagi perbualan aku dengan dia. Manis tutur bicara lelaki.




No comments:

Post a Comment