July 06, 2012

Bersediakah aku?





Assalamualaikum, oh sangat comel gigi arnab aku besertakan tudung kesayangan *muntah hijau* 


Aku seperti biasa menggunakan aku. Selesa untuk aku mulakan karangan melebihi 360patah perkataan ini dengan menggunakan kata diri nama seperti 'aku'. Almaklum masa SPM dulu tak pernah cukup 360 sekarang ni terhegeh-hegeh nak hapdet blog lebih 360patah perkataan. Tengok? Intro pun dah melalut meraban sehingga tanpa disedari sudah 100patah perkataan *sila hempuk 5biji mangkuk kaca sekarang*

Ok bila oghang tengok tajuk mesti semua oghang tahu batch SPM 2011 masing-masing dah masuk belajar. Im shooo jewlouse. Sobs sobs. ='/  Tapi kan, tapi kan saya pun sebenarnya tengah menghitung hari nak tunggu hari pendaftaran. Woahhhh :O shooo ekcited baiby. Malangnya, aku sambung belajar nun jauh disudut dunia, Arau,perlis. Ohhheemmmjiyyyy. Persoalan nya?

Bersediakah aku nak basuh baju sendiri?
Bersediakah aku tidur tanpa opah disisi?
Bersediakah aku makan tanpa disuap oleh opah atau umi?
Bersediakah aku mandi  tanpa disuruh-suruh oleh opah?
Besediakah aku berkawan selain opah, umi, abang serta incik suami?
Bersediakah aku tinggalkan incik suami di KL manakala aku di perlis?
Bersediakah aku kena buli dengan senior masa minggu orentasi nanti?
Bersediakah aku sahur tanpa mereka depan mata? Berbuka tanpa juadah dihidangkan opah?
Bersediakah aku? Bersediakah aku? Bersediakah aku?

Banyak lagi persoalan yang muncul dekat kepala otak ni. Jawapan dia semua belum bersedia lagi. Macam mana ni? Isnin depan,9 hari bulan 7 dah hari pendaftaran. Nanti homesick macam mana? Siapa nak ambil aku balik? 

Walau macam mana pun aku kena bersedia tiba masa nya aku kena hidup berdikari. Huaa tak dapat terima betul aku dengan perkataan berdikari tu. Lemah je dengar ghasa macam boleh jatuh longkang.

Sebelum aku ghasa diri ni jatuh longkang lebih baik aku tidur ditilam yang empuk bersama bantal busuk kesayangan *mohon baling tembikai nam biji kat aku* Selamat malam Dunia. Jumpa lepas raya nanti.

Btw, doakan pembedahan aku seminggu sebelum raya berjalan lancar. Terima kasih. 




No comments:

Post a Comment